bukalah tingkapmu....




pernah seorang pak cik berkata... "sebagai seorang manusia.. kita sepatutnya membuka tingkap diri kita seluas-luasnya..." ana pun pelik... pebende la pulak tingkap diri ni...

beliau sambung lagi "masalah kenapa seseorang itu susah untuk maju kehadapan ialah kerana tingkapnya terlalu tertutup rapat..."

haik! macam masalah diri ana jer ni....

"sebenarnya, tingkap yang dimaksudkan ialah minda kita... kita mesti membuka minda kita seluas-luasnya untuk memandang ke luar sana..."

ooooo... patutla....

selagi mana kita tak buka tingkap diri kita.. bermakna selagi itu kita tak dapat melihat ape yang ade kat luar sana...

dan selagi itulah fikiran kita sempit dan tidak luas...

mungkin salah satu cara untuk kita membuka tingkap ini adalah dengan mengembara...membaca... dan berkomunikasi dengan orang lain...

ana pun kadang-kadang terfikir... kita hanya menilai sesuatu perkara dengan satu sudut sahaja...
kalau kita melihat sebuah kotak dengan satu sudut sahaja... kita hanya melihat sebuah segi empat...

tetapi... kalau kita melihatnya dari pelbagai sudut... kita akan melihat sebuah kotak...

orang yang seperti inilah yang hidup dalam dunia yang realistik...

dalam hidup kita pasti akan bermain dengan persepsi....

kerana itulah kecantikan akal yang dikurnikan ALLAH...

bayangkan kalau semua orang di dalam dunia suka warna putih...

mesti satu dunia dah jadi warna putih...

tapi ALLAH MAHA MENGETAHUI....

ada orang suka biru, ada orang suka merah, ada orang suka hitam...

jadi... hidup dan alam ini menjadi berwarna- warni...
..............................................................

alkisah... terjadilah sebuah cerita... seorang pemuda berjalan di sebuah lorong...

kemudian di pertengahan jalan... beliau terjumpa dengan najis lembu yang masih panas...

najis itu berwarna hijau dan mempunyai asap di atasnya...

kalau kita menjadi pemuda itu... apa yang akan kita lakukan???

mengelak dan katakan " eeee..... busuknya! sape punya angkara ni"

tapi pemuda itu tidak berbuat demikian...

beliau terus mencari plastik dan memasukkan najis tersebut ke dalam plastik itu dengan
tangannya sendiri....

pasti kita tertanya-tanya kenapa beliau buat macam itu...

kerana pemuda itu adalah seorang petani... beliau memerlukan najis itu untuk menjadi baja tanamannya...

nah...

kita sering memandang rendah dan buruk terhadap sesuatu perkara... contohnya seperti najis tersebut... tetapi sebenarnya ada orang memandangnya sebagai satu nikmat dan kurnia....

...........................................

ingatlah sahabat......!!!!!!!!!

lihatlah kotak, bukan segi empat...

bukalah tingkapmu seluas-luasnya... pandang kehadapan... !!!

1 pendapat sahabat:

Unknown said...

hu.bersihkan otak dari habukhabuk yang buat semak je.hu.mesti nanti boleh buka tingkap luas sangatsangat.sangatsangatsangat la.