PERHATIAN!! : muhasabah diri tentang posisi dan prestasi akhlak, qiyamulail,iman dan dakwah didalam diri, dan jika terasa sudah hebat maka tulisan dibawah tidak sesuai buat anda
“ Wahai orang yang berselimut!!! . Bangunlah solat tahajjud pada waktu malam , selain dari sedikitmasa(yang tidak dapat tidak untuk berehat)” almuzammil 1-2
Pelik Allah telah mewajibkan sesuatu yang hanya wajib untuk mereka yang berada diMekah sebelum tahun kesepuluh kenabian? Melainkan padanya terdapat rahsia. Yang mana tentulah ia merupakan keperluan mereka yang berada pada zaman tersebut.
Siapakah mereka? Jawapan mudah, mereka adalah sahabat. Jawapan yang susah sedikit mereka merupakan :
· Generasi pertama memeluk agama islam
· Mereka pendakwah paling solid dan mantap pernah disaksikan (berdasarkan dalil quran dan hadis dan pemerhatian terhadap posisi, sejarah, dakwah, dan mujahadah mereka)
· Mereka penyebab kepada semua pada hari ini bernafas sebagai seorang muslim
Jelas qiyamullail merupakan kekuatan kepada para pendakwah. Dan ini jelas kepada pendakwah2 yang telah menyerahkan hidup mereka untuk agama ini. Jelas, sebagaimana seorang pendakwah sebok dengan urusan dakwahnya dan pembacaannya, maka qiyamullail sepatutnya diletakkan dihadapan bacaan2 dan persediaan2 lain. Bukan bermaksud tidak penting, tetapi berdasarkan pengamatan terhadap sejarah, para sahabat lebih memerlukan qiyamullail daripada perbahasan dan perbincangan fiqh, dan furu’2 (cabang2) agama yg lain. First thing first !!
Marwazi berkata: ‘Aku bersama Imam Abu Hanifah selama 4 bulan didalam ‘askar’(boleh bawa maksud tentera atau perkhemahan ana tidak berani menterjemahnya sebagai salah satu) dan tidak aku dapati dia meninggalkan qiyamullail dan membaca quran diwaktu siang, dan aku tidak sedar pun bila dia khatam quran kerana dia terlalu melaziminya.’ 1
**************************
Tulisan kali ini merupakan apa yang saya rasai dan perkongsian pengalaman diatas kesalahan yang pernah saya lakukan. Janganlah ia dijadikan hujah tetapi cukup sekadar sedikit sentuhan untuk merubah diri.
**************************
Baiklah, berdasarkan beberapa hakikat diatas (mengenai dakwah dan qiyamullail) apa yang saya fahami, qiyamullail adalah perkara asasi kepada pendakwah yang ingin berdakwah kepada Allah dengan sepenuh hati seperti para generasi pendakwah islam yang terhebat. Dan boleh juga saya fahami jika seorang pendakwah meniggalkan qiyamullail maka ia akan menjadikan diri pendakwah tersebut kekurangan suatu aset dan kemampuan.
“Tidaklah apa yang perlu kita lakukan pada hari ini melainkan apa yang telah dilakukan oleh solafusoleh yang telah mendahului kita didalam amal ini”
kalam Al Banna dalam menjelaskan beberapa thawabit (perkara-perkara tetap yang tidak akan berubah didalam dakwah islamiyah) didalam dakwah.
Bagi diri ana, apa yang ana rasakan apabila kurangnya Qiyamullail adalah beberapa fenomena berikut :
1. KERINGNYA HATI DIDALAM IBADAH YANG LAIN DAN DALAM KEHIDUPAN ITU SENDIRI.
Perasaan intim dengan Allah semakin berkurangan. Terasa seperti takbir didalam solat sama seperti takbir diluar solat. Ini kerana Qiyamulail adalah madrasah keintiman antara kita dan Allah. Ia membentuk ikhlas, tawadhu’, syukur dan membentuk iman dalam hati. Seperti mana jasmani memerlukan pola riadhah seminggu dua kali selama 20 minit untuk terus kekal cergas, begitulah juga kecergasan hati kita didalam kekal intim dengan pencipta semua keintiman. Dan dari Iman dan akhlak2 hati maka akan terhasil akhlak luaran tanpa kita sedari.
‘ sungguh pada jasad seketul daging, apabila baiknya daging tersebut baiklah jasad seluruhnya’ hadis shahih dipetik dari Hadis 40 An-Nawawi
2. INDIVIDU CACAT
Ini merupakaian rantai kedua dari kesan diatas. Sebagai da’ie sudah tentu diri ini menyediakan diri dengan pelbagai ilmu. Ada yang dibaca mingguan,ada yang dibaca harian, dan paling kurang diwaktu peperiksaan buku kuliah dibaca dengan lengkap. Riadhah juga tentulah dilazimi kerana ia sebagai program mingguan. Hati? Akhirnya ketika itu jadilah diri ini seorang yang mempunyai nilai thaqafah(ilmu) yang tinggi tetapi hati yang tidak sehebat akalnya.Tika itu diri ini berbicara seolah Asy-Syafi’e dan Al-Banna tetapi hati jauh dari mencapai apa yang mereka capai.
3. TERASA DIRI HEBAT DAN LEBIH DARIPADA ORANG LAIN. (UJUB DAN GHARAR) 6
Kesan ini merupakan rantaian ketiga daripada kesan yang kedua dan pertama. Terasa cukup hebat didalam diri kerana hilangnya perasaan rendah diri. Hilangnya perasaan rendah diri kerana hilangnya kesedaran hakikat diri insan yang dicipta dari tanah, dan hakikat ini hanya tinggal ilmu tanpa hati yang sedar kerana jauhnya keintiman hubungan dengan Allah. Maka jadilah diri ini individu yang merasakan dirinya pencipta kepada amalannya bahawa hasil dakwah ini dan dakwah ini kerana usaha sendiri walaupun akal mengatakan ini semua rahmat Allah dan akal berkata kita hina dlm pelbagai teori namun hati tidak mengatakan sedemikian. Dan inilah pembuka kepada kejahatan-kejahatan yang lain. Dan ingatlah bahawa iblis yang pernah bernama Azazil adalah antara yang termulia dilangit namun menjadi antara sehina-hina makhluk hanya kerana lupa hakikat diri dan merasakan diri lebih dari selain dirinya. 5
4. KECENDERUNGAN KEARAH PERDEBATAN SIA-SIA DAN TERTIPU DENGAN PERBINCANGAN
Maka ketika itu dakwah yang diri ini bawa tidak lagi kepada Allah namun adalah kepada diri ini sendiri. Dan ketika itu diri ini berasa hebat dipentas dakwah, namun hakikatnya apa yang diri ini lakukan tidaklah melainkan debat,debat,debat dan debat maka keluarlah pelbagai teori dan pendapat yang canggih2 dan hebat2 yang pernah dipelajari, namun apabila diri menginsafi semula maka tiada sejengkalpun mad’u (orang yang didakwah) rapat kepada Allah. Sedangkan selamanya tidak pernah matlamat dakwah itu bertukar melainkan untuk membawa manusia kembali kepada Allah. Maka diri ini tertipu dengan dakwah sendiri. Merasa diri melangit tinggi dan hebat dari segi hujah dan akal namun apabila bertoleh ke belakang tidak bertambah pun hasilnya walaupun sedikit. Tika itu mata hati ini telah buta dari melihat hati manusia lain. Mata hati sudah gagal mengesan kebasahan hati mad’u, dan berasa puas hanya dengan melihat mad’u mampu menrangkan kembali teori dan perbincangan sahaja.
****************************
Sungguh kesan2 diatas menjadi penyesalan terbesar yang pernah ana rasa. Petah bercakap itu, ini hebat dipentas mata manusia namun hakikatnya hati ini gelap daripada memantulkan hidayah kepada manusia sekitar.
Akhirnya saya menyedari dakwah saya ketika itu sungguh jauh daripada Allah. Bahkan jauh daripada kehendak hati manusia. Dan ketika itu baru diri ini sedar sedikit demi sedikit kita sudah menjadi Az-Zabad (buih)
‘dan buih-buih itu akan hanyut dan lenyap, dan apa yang bermanfaat bagi manusia akan kukuh diatas bumi’ Ar-Ra’d 17
Maka barulah sedar dari lamunan bahawa selama ini diri ini hanya syok sendiri. Ibarat seorang yang terpedaya dengan tepukan penyokong disekelilingnya tanpa disedari bahawa tepukan hanyalah tepukan yang tidak akan kekal dan hanyalah berbunyi sekelip mata sahaja. Selepas itu bunyi tersebut akan pergi dan tidak akan kembali.
Dan barulah diri ini sedar bahawa sekadar dengan banyaknya pembacaan bukanlah bukti dan bekalan yang cukup untuk membentuk iman, dan menguatkan hati. Untuk membentuk hati, hati perlu mujahadah untuk ikhlas, perlu mujahadah untuk rapat dengan Allah. Sebagaimana mendisiplinkan jasad maka hati jauh lebih memerlukan disiplin yang lebih kuat daripada jasad itu sendiri. Dan Qiyamullail rahsia kentalnya iman keluarga yasir, kentalnya bani hisham ketika diboikot, kentalnya Khabab ketika dipanggang, kentalnya Al Habib ketika ditentang dengan tentangan terhebat dalam sejarah manusia. 4
Dan tiada cara untuk mendapatkan manfaat Qiyamullail melainkan dengan Qiyamullail. Pembacaan tidak akan menghasilkan hasil Qiyamullail. Sepertimana ungkapan Al-Maududi mengenai usaha dan hasil :
“ Pohon limau selamanya tidak akan berbuah epal ”
******************************
Tulisan kali ini sedikit cebisan perkongsian kesilapan yang telah diri ini lakukan selama ini. Moga mereka yang membaca dapat mendapat manfaat dan mengambil pengajaran dan bekalan dalam diri. Moga sahabat –sahabat yang lain tidak melepaskan peluang untuk menuai hasil daripada pusat pembentukan ikhlas , syukur, hakikat insan, tawadhu’, akhlak ini. Moga tulisan ini menjadi pendorong untuk berubah.
Marilah kita menjadi seperti Rasulullah ketika malam sebelum Badar Al-Kubra. Beliau solat dibawah sebuah pohon dan mengulangi didalam sujud beliau ‘Ya Hayyum Ya Qayyum’ , dan dipenuhilah malam tersebut dengan Qiyamullail , tangisan sehingga subuh. Dan beliau mengulangi dengan keadaan meronta memohon kemenangan dengan doa yang masyhur
‘Ya Allah aku tuntut janjimu ya Allah dan sumpah setiamu ya Allah, jika tidak maka tidak akan ada lagi mereka yang menyembahmu selepas ini !!’
Dan beliau sambung dengan doa yang penajang sambil dibelakangnya Abu Bakar. Melihatlan betapa dasyatnya keadaan nabi ketika itu, pantas Abu Bakar berkata : ‘Wahai nabi Allah cukuplah rintihanmu kepada tuhanmu, sungguh kamu akan dipenuhi janjimu. Maka turunlah ayat :
“ Dan ingatlah tatkala kamu memohon pertolongan dari tuhanmumaka dia memenuhi permintaanmu …….”
Al-Anfal 8 2
Sungguh tika membaca kisah ini terasa keinginan diri untuk kemenangan untuk islam secara umum dan gaza yang lalu secara khusus masih jauh dari menjadi sebab untuk kemenangan. Moga Allah mengampunkan segala kesalahan diri selama ini. Ampunilah diri ini ya Allah!! Ampunilah diri ini ya Allah!! Ampunilah diri ini ya Allah!!
1 pendapat sahabat:
nak kuat kena la cari kekuatan kan.ngee.qiam tu kira toniktonik dia la kan.ngee.so siapa nak kuat?ngee.jom qiam.lalala.dari batin menguatkan yang zahir.
Post a Comment