melayu mudah lupa... melayu susah nak percaya



berada di melaka teringat saya pada awang atau kau di eropah dia dikenali sebagai enrique atau dalam novel "enrique mengundang jauh" dia dikenali dengan nama ariberto. siapa Awang?? siapa Enrique?? siapa Ariberto??

dia adalah manusia pertama membuat pelayaran dari barat ke barat dan terus ke barat tanpa berpatah balik dan akhirnya sampai semula ke barat...

maka dia telah membuktikan bahawa bumi itu bulat. tidak seperti yang dipercayai ahli2 pelayaran pada waktu itu bahawa bumi adalah leper.

peristiwa ini berlaku pada tahun 1520, tercatat dengan jelas dalam buku sejarah yang dihasilkan sendiri oleh orang barat, lebih pasti orang itali. buku menceritakan ttg pelayaran ini ada di perpustakaan negara di jalan tun razak, kl...
dengan tajuk "ferdinand, why they become famous". dalam buku itu jelas, terang lagi bersuluh disebut, ferdinand gagal menyelesaikan pelayaran ke barat kerana dia mti terbunuh di kepulauan mactan, filipina. tapi enrique, sebastian, del cano, pigafetta dan beberapa orang lain telah menamatkan pelayaran berkenaan



FERDINAND MAGELLAN


juan sebastian del cano


antonio pigafetta


enrique itu adalah awang, seorang tawanan perang yang dibawa oleh ferdinand de magellan dari melaka ke lisbon, portugal. dia dinamakan enrique untuk mengelakkan daripada didiskriminasi kelasi kapal. semua ini tercatat jelas dalam beberapa buah buku terutama sebuah novel "enrique mengundang jauh" dan "a malay among the portuguese"

"Magellan had provided in his will that his Malay interpreter was to be freed upon his death. His interpreter, who was baptized Enrique (Henry) in Malacca 1511, had been captured by Sumatran slavers from his home islands. Thus Enrique became the first man to circumnavigate the globe (in multiple voyages). Enrique was indentured by Magellan during his earlier voyages to Malacca, and was at his side during the battles in Africa, during Magellan's disgrace at the King's court in Portugal, and during Magellan's successful raising of a fleet."

jelas...

tak ada orang yang akan menolak fakta kehebatan, keperwiraan, keberanian orang melayu kecuali orang melayu sendiri. terbukti sejak pertama kali tentang awang ini telah diketenagkan oleh harun aminrrasyid pada tahun 50-an dulu.. hingga sekarang.. pendedahan beliau hanya tersimpan dalam buku dan perpustakaan...

"kelemahan kita yang paling lemah ialah percaya kita lemah sebelum benar-benar terbukti kita lemah..."

* sayang seribu kali sayang mengikut satu versi sejarah... awang telah dibaptiskan di melaka... dan dia telah mati dan tidak dapat menghabiskan perjalanannya...

1 pendapat sahabat:

irfanmn_91 said...
This comment has been removed by a blog administrator.