kelompongan... dlm syura...




hhmm..

teringat balik bila time2 team r2j3 nak wat hi-impact... -->syaitanisme…

berapa punya banyak meeting daa...

ada dlm salah satu meeting tu...

ade sorang sahabat menyatakan pendaptnya...

"apa kata kalau kita tak buat hi-impact dan focus pada sharing dan buku??"

ana pun rasa betul gak sbb dia ada bagi alasan seperti...

priority buku dan sharing lebih besar dr hi-impact...

tp ada lak sorang akhwat menjawab...

" jgn la kita berfikiran cetek sgt... bla... bla... bla..."

so, point die... nak wat hi-impact jgak...

sabo je la akhi kita yg sorang ni bila dengar akhawat respond gitu...

dia hanya akur je...

sabar je la ye akhi...

then... setelah minggu demi minggu...

selesailah hi-impact yg telah diplan selama ni...

habislah penat lelah semuanya... tapi persoalannya...

dimana buku???

dimana sharing??

parents kita nak dgr sharing ke nak tgk hi-impact??

siapa pic buku r2j3 ???

"haaa... tu lah dulu org kata nak wat buku... tak nak plak... degil ... keras kepala... sekarang... tengok... mana buku ngan sharing??..."

"haaa... siapa yang berfikiran cetek sekarang???"




ini lah perasaan yang digambarkan oleh sorang sahabat kita...

ana faham perasaan beliau...

tetapi... utk menguruskan satu tanzim... keputusan syura..

mesti ditaati...

tidak boleh cakap2 belakang bila keputusan telah diputus...

kalau nak berdebat... habiskan dlm syura...

dan amir perlu membuat keputusan yang penting dlm membuat keputusan...

amir tak kan dapat membuat satu keputusan yang boleh memuaskan hati semua orang...



sbb itu prinsip syura perlu ditaati...

selagi mana dia mentaati amir dan tanzim...

oleh sbb itu....

bila satu tanzim telah melakukan kesilapan...

itu bukan kesilapan individu...

itu adalah kesilapan tanzim...

kenapa?? sbb telah disyurakan...

sbb tu dlm syura...

kene terima keputusan dgn hati yang terbuka...



dan jgn ckp belakang...



kalau tak...

kelompongan ukhuwah tak kan dapat ditampal...

nasyid lah lagu "kau kawan sahabat dan teman" sampai satu dunia dgr...

tapi kalau prinsip syura tak ditaati...

jawapannya... useless...

Adab dalam syura; bila seseorang itu diterima usulnya hendaklah ia beristighfar dan bila usulnya ditolak hendaklah ia bersyukur.

Dalam sistem syura, tidak ada terma lobi-melobi dan sebagainya.

Maksudnya: “Hendaklah kamu bermesyuarat dengan mereka itu dalam satu perkara, setelah kamu bulat menerimanya, bertawakallah pada Allah.”(Ali Imran: 159)

Keputusan yang dibenarkan syariat, jangan diungkaikan lagi oleh satu mesyuarat lain. Teruslah laksanakan dan bertawakal kepada Allah.

ana tertarik ngan kata2 classmate ana yang aktif dlm debate…

“dlm debat, satu kekalahan tidak akan berpunca dr individu.. tetapi berpunca dari team itu sendiri… kalau satu ahli lemah atau silap… bermakna bukan salah individu itu tetapi team dynamik yg lemah… sbb debat adalah tentang team… not individual…”

ini adalah satu petikan dr blog lain ttg syura...

Usaha mencapai kata sepakat dan memutuskan sesuatu perkara penting dalam masyarakat Umat Islam, seperti memilih pemimpin yang berkemampuan, cara atau pendekatan menyampaikan da’wah Islamiyyah atau amar maa’ruf dan nahi munkar, berjihad dan berbagai urusan lain menyangkut kepentingan umat Islam, melalui majlis mesyuarat atau syura, adalah salah satu sifat orang-orang mu’min.
Allah SWT telah berfirman, maksudnya: “ Dan orang-orang yang menyambut perintah Tuhannya, serta mereka mendirikan sembahyang dengan sempurna dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka, membelanjakan sebahagian dari apa yang kami(Allah) berikan kepadanya ( demi untuk kepentingan agama Allah) “ (Surah As-Syura 38:42)

SIFAT-SIFAT ORANG MU’MIN DAN PEJUANG ISLAM

Dari ayat Surah As-Syura’ ini dapatlah difahami bahawa di antara sifat-sifat orang mu’min dan pejuang Islam ialah :

PERTAMA :MENYAMBUT SERUAN ALLAH DENGAN RELA.



Seorang mu’min yang benar sentiasa merasa senang dan rela hati menyambut segala seruan dan menjaga titah perintah Allah SWT, walaupun ada kalanya sebahagian dari perintah itu menuntut pengorbanan dan kesabaran yang tinggi. Kerelaan hati yang disertakan dengan amalan dan pengorbanan dalam melaksanakan titah perintah Allah adalah suatu tanda kesempurnaan iman seseorang hamba terhadap Tuhannya.

KEDUA : MENDIRIKAN SEMBAHYANG.



Mendirikan sembahyang yang wajib mahu pun sunat sebagai tanda bahawa mereka mempunyai hubungan yang begitu akrab dan hangat dengan Allah SWT. Mereka menyandarkan keyakinan kepada Allah Azza Wajalla dan mengharap pertolongan dariNya.

KETIGA: MELAKSANAKAN TUNTUTAN SYURA.



Seterusnya sifat orang mu’min yang ketiga yang disebut oleh Allah SWT dalam ayat ini, ialah menjadikan syura sebagai satu amalan dalam memelihara kesejahteraan masyarakat mereka. Setiap urusan penting orang-orang mu’min itu, apa lagi untuk urusan perjuangan menegakkan kembali syari’at dan peraturan Islam wajar diputuskan melalui majlis perbincangan(syura) kerana sebab-sebab berikut :

(i) Hendak mencari dan mengambil pendapat yang paling baik dari berbagai-bagai pendapat.

(ii) Kerana menghargai pendapat para sahabat, sebab di antara tanda persahabatan itu ialah bersikap harga-menghargai.

(iii) Kerana menghilangkan rasa tidak puas hati. Seseorang akan berpuas hati dan merasa telah menunaikan tanggungjawabnya, apabila ia telah ikut serta memberi pandangan dan nasihat dalam sesuatu urusan.

(iv) Untuk menanam rasa bertanggungjawab, mengambil berat dan perihatin terhadap sesuatu perkara atau urusan yang menyangkut kepentingan umat serta mengambil kata sepakat di dalam sesuatu urusan.
(v) Kerana mendidik pemimpin dan ahli cara-cara bermasyarakat dan berpolitik dengan suatu kebiasaan yang baik dan diredhoi Allah. Semua itu adalah antara hikmah dan tujuan-tujuan diwajibkan orang-orang mu’min terikat dengan peraturan Majlis Syura (mesyuarat)

Oleh yang demikian syura menempati kedudukan yang sangat penting dalam jama’ah dan masyarakat Umat Islam. Dalam ayat surah As-Syura tadi, kita dapat melihat Allah SWT, menyebut perintah mengadakan Syura selepas menyebut kewajiban sembahyang. Para ulama’ mengatakan bahawa sebutan syura yang disejajarkan dengan ibadat wajib menunjukkan perintah syura juga bertaraf wajib sebagaimana diperintahkan orang-orang mu’min bersembahyang dan mengeluarkan zakat.

Di dalam mesyuarat hendaklah diperhatikan syarat-syarat dan adab-adab. Setiap orang yang terlibat mestilah dapat mengikut disiplin agar keputusan syura itu tepat dan bersih serta diberkati oleh Allah. Di antara disiplin dan adab itu ialah:

1. Bertujuan kerana Allah atau ingin mencari kebenaran serta ingin melaksanakannya, bukan kerana kemegahan atau hobi atau riyak atau menunjuk-nunjuk kebolehan.

2. Setiap orang hendaklah hatinya merasa takut kepada Allah kerana kalau-kalau segala yang dibincangkan tidak tepat atau tidak selaras dengan kehendak Allah dan Rasul.

3. Hendaklah setiap orang memasang niat agar kebenaran itu datang daripada orang lain bukan dari dirinya sendiri agar terlepas dari sifat-sifat riyak, bermegah-megah atau ujub.

4. Bila terlihat kebenaran yang diucapkan oleh mana-mana anggota dalam majlis syura itu hendaklah penuh rendah diri dapat menerimanya.

5. Kalau kebenaran dapat dikeluarkan dari mulutnya sendiri hendaklah bersyukur kepada Allah SWT kerana Allah telah memperlihatkan kebenaran kepadanya.

6. Hendaklah menghormati pandangan atau pendapat anggota. Kalau dia sedang bercakap, jangan memotong cakapnya. Jika dia belum habis bercakap jangan disuruh berhenti. Kalau apa yang dikatakannya benar, ucaplah terima kasih, doakan Allah berikan keberkatan (jazakallah). Kalau salah, jangan menghina. Kalau mampu, betulkan dengan penuh kasih sayang dan mesra, dengan hujah-hujah yang bernas. Kalau kita yang salah, minta ampunlah kepada Allah dengan penuh rendah diri mahu menerima hakikat kesalahan itu.

7. Hendaklah diakhiri majlis itu dengan membaca doa kifarat atau minta ampun pada Allah.

8. Jangan mujadalah. Jangan tinggikan suara. Kalau berbeza pendapat atau menyalahi nas, hendaklah tawaquf.

9. Kalau pandangan tidak dapat disatukan, maka demi perpaduan hendaklah terima pandangan ketua.


ni link ke....kata itu memberi erti...oleh akhi munir...

* watak2 diatas tiada kene mengena dgn sesiapa...



"ukhuwah itu terlalu manis untuk diungkap... kehadirannya mungkin tak dapat dizahirkan... tapi nikmatnya... SUBHANALLAH... terlalu indah... "

wassalam...

0 pendapat sahabat: