tetapi pelik bila berada di dalam khalayak ramai yang sangat mengelirukan...
pelbagai situasi dan kondisi yang pasti menerjah kelopak mata sang daie yang naif setia...
bagaikan satu-satunya kain putih yang cuba merentas lautan dakwat hitam...
dicuba dan dicuba... berkali-kali...

masih tak dapat bertahan...
mungkin inilah kisah hidup sang manusia...
yang pasti takkan sunyi dengan rintangan dan cabaran...

dari dahulu lagi... hampir setiap kali usrah...
itulah yang ustaz abdul rahman akan sampaikan...
"ikhwah sekalian... dakwah ini bukan jalan yang senang..."
memang benar...

tiket utk ke syurga bukan sebegitu murah...akhi...
..........hhhhmmmm......
teringat satu kata-kata sahabat....
"sang Daie itu akan tercabar thabatnya dalam 3 kondisi... pertama... ketika di IPT... kedua... selepas bekerja... ketiga... selepas berkahwin..."
jangan lemah wahai ikhwah...
jalan ini ,masih panjang berjela di hadapan...
maut kita... tiada siapa yang tahu... hanya ALLAH...
beramal...
jangan tidur...
beramal...
jangan malas....
beramal...
jangan khayal...
beramal...

jangan futur...!!!
akhi...
mereka dalam kegelapan ...
tolonglah...
pastikanlah...
segeralah...
yang kita...
berikan mereka "cahaya" itu...

Luka pedih umat yang kebas. Umat menderita kerana hilangnya tonggak penyatu kerajaan, wakil kesatuan kekuatan. Malang itu bertimpa-timpa dan luka itu semakin parah. Bukan sahaja tidak diubati malah makin melebar. Bertambah pedih hakikat apabila luka pedih itu terasa kebas oleh ummatal Quran, umat Islam yang tidak terasa apa-apa apabila mercu lambang Islam itu ranap dimamah musuh-musuh Islam, tidak kira Yahudi mahupun munafik. Luka itu terasa lagi kebasnya apabila tubuh itu diratah tapi tuannya masih lagi bergembira! Luka itu dibadan yang disuntik pelali hedonisme dan kejahilan, racun syirik dan taklid, sedangkan penawar ada di rak-rak rumah. Ayuh bangkitlah umatku! Masukkan perhiasan ayat-ayat itu dalam jiwamu!
akhi... biarlah bergegar 7 lapisan bumi dan runtuh 7 petala langit... takkan pudar ayat ini dlam janji ALLAH...
"Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu 47:7..."
2 pendapat sahabat:
allahuakbar!
moga Allah menthabatkan kita atas jalan yang kita yakini sekarang.
seperti biase
mmg mnyentuh
Post a Comment