
Watak :
Muaz
Anwari
Dhoifullah
Abu Samah
Waiz
Taqris
wasim
Subuh itu menampakkan cahaya mentari yang cukup indah berkilauan. Terasa dingin nyaman bila disambar angin yang kelembutan. Pagi itu cukup luar biasa untuk diberitakan. Pada waktu itu penduduk makkah sedang sibuk menjalani rutin harian mereka.
(pembinaan karekter)
Taqris dan rakan2 sedang sibuk mengira keuntungan perniagaan semalam sambil bersyair kegembiraan – ketawa
Muaz dan anwari pula baru membuka gerai untuk perniagaan
Dhoifullah sedang menjaga kambing2nya…
Waiz masuk ke pentas… berlari menuju ke taqris…dan membisikkan sesuatu…
Tiba2 taqris dan rakan ketawa dgn kuat – terbahak2…
Watak yang lain semua melihat taqris kehairanan?
Muaz : wahai waiz, apakah yang engkau beritakan kepada mereka sehinggakan mereka ketawa sebegini…
Waiz melihat ke wajah taqris
Taqris : apa kau betul2 hendak tahu wahai muaz sahabatku?
Anwari : sudah tentu kami ingin tahu… lekas… ceritakan kepada kami…
Dhoifullah merapati muaz utk mendengar…
Waiz melihat ke arah taqris ekali lagi
Taqris mengangguk…
Waiz : begini sahabatku sekalian… pagi ini sedang aku melintas di hadapan kaabah…aku terdengar Muhammad memberitahu sesuatu di khalayak ramai…
Taqris dan rakan ketawa dlm diam…
Dhoifullah : teruskan wahai waiz…
Waiz : … Muhammad … dia memberitakan bahawa dia telah pergi ke baitul maqdis dalam masa 1 malam…
Sahabat yang lain semua terkejut dan memandang sesama sendiri…
Taqris : ehhh… sabar dulu sahabat sekalian… biar waiz habiskan bicaranya… (sinis)
Waiz : … dan Muhammad katakan bahawa dia telah diangkat oleh tuhannya ke langit dan menerima perintah ibadah…
Kekecohan berlaku antara sahabat… semua membincangkan masalah ini… taqris hanya ketawa sendirian…
Dhoifullah… meneruskan kerjanya…
Anwari : wahai waiz ! apa benar bicara engkau ini ? jangan kau cuba untuk memperburukkan Muhammad !
Waiz : eh! Betul... betul… aku tidak berbohong… aku mendengar perbualan Muhammad dgn sahabatnya… tidak mungkin aku salah ttg itu… percayalah kataku…
Abu samah : Ah! Aku tak percaya kata kau waiz ! boleh jadi kau hanya cemburu dengan agama Muhammad dan mahukan kami kembali kepada agama lama kami… tidak waiz! Tak kan !
Dhoifullah : benar apa kata waiz itu…
Semua watak pandang ke arah dhoifullah…
Muaz : doifullah… apa engkau sudah…
Dhoifullah : ya sahabatku… aku sudah mengetahui perkara itu sebelum kamu semua… memang benar… waiz tidak berbohong…
Abu samah : dhoifullah ! apa kau sudah gila ?... lihat! sudah terang2an dia cuba memperburuk2 kan Muhammad… kau, aku, muaz dan anwari… bukan kah kita sudah mengaku bahawa Muhammad itu pesuruh ALLAH ?
Taqris : (bersyair) sekian lama aku terseksa melihat rakan2 ku menderita… meratah hikayat dongeng yang purba lama yang terbisik dari seorang pendusta…
Muaz : wahai sahabatku… dhoifullah… kenapa engkau begitu tenang dengan khabar ini?
Dhoifullah : aku percaya kata Muhammad !
Taqris : ah! Engkau jangan berpura2 dhoifullah… kalian bukan binatang yang tidak boleh berfikir dgn sempurna… bagaimana seorang manusia boleh merentasi padang pasir dari makkah ke baitul maqdis… kemudian diangkat kelangit… dalam masa satu malam ?? apa engkau sudah hilang akal ?? di manakah pertimbanganmu ??
Sahabat berbincang2 sesama mereka…
Anwari : (berbisik) muaz… adakah kita sudah ditipu oleh Muhammad ? betulkah pegangan kita utk mengikuti Muhammad? Aku … aku sangsi…
Dhoifullah : aku sedikit pun tidak merasakan bahawa Muhammad itu pendusta… aku yakin dgn setiap tutur katanya… aku percaya bahawa dia lah pesuruh ALLAH yang dpt membimbing kita…
Taqris : oh ya ! pesuruh ALLAH bukan? Dhoifullah… sapi betina itu pun tidak begitu bodoh untuk mempercayai khabar sebegitu… inikan pula kamu yang punyai akal pertimbangan manusia… ???
Nah ! sekarang, atas dasar apakah kamu mempercayai kata2 muhammad itu wahai dhoifullah ??
wasim tiba2 masuk ke pentas
Wasim : aku mendengar kata2 muhammad tadi taqris… kata2nya cukup jelas… cukup nyata untuk untuk difahami bagi manusia yang waras…
Bila adanya orang2 seperti engkau mentertawakannya… dia tidak berdalih… bahkan memberi beberapa bukti…
Abu samah : apa buktinya wasim ? (memegang bahu wasim)
Wasim menoleh kearah dhoifullah
Dhoifullah : ya… sudah tentu mereka bertanya kepada muhammad tentang rupa bentuk baitul maqdis…
Dan Muhammad menceritakan segalanya… setiap bentuk yang dilihatnya…setiap ciri yang ada pada baitul maqdis…
Wasim : (menyambung) … dan tiada sesiapa yang mendustai ceritanya… termasuklah mereka yang pernah pergi ke baitul maqdis… mereka akur dgn setiap kata Muhammad…
Taqris : ah ! wasim! Muhammad boleh bertanyakan kepada sesiapa sahaja tentang bentuk baitul maqdis… dan sesiapa sahaja boleh menceritakannya ! Muhammad ternyata penipu !
Anwari berbisik kpd muaz
Anwari : muaz… aku dapat rasakan bahawa ajaran Muhammad ini bukan ajaran yang benar…
Anwari meninggalkan pentas dalam keadaan kesal dan gundah gelana…
Dhoifullah : ya… engkau sangsi dengan apa yang terjadi semalam bukan? Kerana terjadinya peristiwa dalam satu malam… memang tidak dapat dibayangkan oleh seorang manusia sahabatku… tapi aku percaya masih akan Muhammad… lihatlah kita … bagaimana islam mengubah kita menjadi sebegini ?
Engkau muaz… bukankah ajaran Muhammad ini telah menjadikan engkau seperti sekarang… lihatlah dirimu semasa dirimu jahil dahulu ??? siapa engkau dahulu anwari ??
Begitu juga dgn engkau wasim, abu samah …
Bukankah ajaran Muhammad ini ajaib sudah untuk dilihat… mengubah seseorang yang hina menjadi mulia…
Bukankah itu ajaib…
Apa lagi yang engkau khuatirkan dgn khabar sebegitu?
Kalau ini lah yang Muhammad bawakah dari ALLAH untuk kita… aku percaya… peristiwa semalam juga berlaku dengan kuasa Tuhan Muhammad… Tuhan kita … ALLAH…ALLAH… ALLAH…
Semua sahabat pandang ke langit… taqris tunduk....
pentas gelap
muzik dikuatkan...
-tamat-
………………………………..
Ikhwah sekalian…
Para sahabat dahulu pernah merasai suasana tarbiah yang benar2 menguji keimanan mereka… sehinggalah mereka menjadi sehebat abu bakar… selayak umar… setangkas Khalid … sebijak abu ubaidah…
Begitulah resmi batu mengajar kita… tanah liat perlu dibakar untuk menjadi batu yang keras dan kukuh…
Begitulah para sahabat yang dibakar tarbiah untuk menjadi pendamping dakwah Rasulullah yang senantiasa kukuh dibantai kebatilan…
ALLAHU AKBAR !!!
1 pendapat sahabat:
allahuakbar.
Post a Comment