-Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.
-Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.
-Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.
-Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.
-Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.
-Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami,
-Yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan.
Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.
-Yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara ‘penting’ yang lain.
-Yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong
-Yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.
padukan tenaga ! terus maju kehadapan ! ini bukan jalan untuk mereka yang MANJA !
5 pendapat sahabat:
pergh, terase nih
itulah hakikat diri penulis... minta doakan dia...
samasama belajar jadi kuat.
salam.
teringat macam yang Ust Rahmat Abdullah kata
tarbiyah la diri dan berdakwahlah sampai..
futur pun futur dengan antum
penat pun penat dengan antum
letih pun letih dengan antum
moga Allah tetapkan hati hati kita atas jalanNya
amat terkena batang hidung.. moga x lari....
Post a Comment