si pemegang pedang~


dia tersenyum dalam kerendahan...

hatinya bengkak membongkak...

sambil tangan erat memegang pedang kesatria...

dia asyik berkata...

dimana peluhnya ?

bengkak !

dia asyik berkata...

dimana darah di baju nya??

bengkak !

dia asyik berkata...

dimana dakwat pena nya??

bengkak !

dia asyik berkata...

dimana hasil 'tangkapan' nya??

bengkak !

sungguh malang lebai dimakan harapan...

lalu berjalanlah dia merentasi titi dengan penuh kerendahan...

kerana dia tahu ramai aja yang memerhati...

dan terus menunduk...

dia terdengar bisikan anak bunian di pinggir desa...

bengkak !

bila ditanya... "pedang siapakan ini?"

lantas dia menjawab... "ini pedangku..."

dan semakin bengkak hati si pemegang pedang~
...........

0 pendapat sahabat: