bahang salju Tasmania - 2

Alhamdulillah.. Kita tutup dulu halaqah kita dgn tasbih kafarah dan surah al asr...

denial, syazwan dan zamir siap2 mengemas barang... merekalah adalah rakan sebaya fathi semuanya datang dari kolej persediaan yg berbeza... denial dari KMB, syazwan dari Taylors University, dan zamir pula dari INTEC... setiap minggu mereka akan berkumpul untuk ber-halaqah dgn Fathi... walaupun mereka sebaya, tetapi mereka menghormati fathi sebagai seorang naqib, dialah contoh yang terbaik dlm kalangan student2 di Hobart...
Hidup sbg seorang student di universiti amat sibuk dan menekan, terutamanya dgn assignment, kuiz, lab, report, test, presentation, final exam... Pasti tension ! Arghhh!!!

tetapi dgn perjumpaan seperti inilah yang dapat meredakan kekusutan kepala anak muda mereka...

Ramai orng yg mngambil hiburan melampau sbg cara utk keluar dr tekanan... Tp tiada manfaat utk mereka, hanya puas utk sementara waktu...

Berlainan dgn fathi dan rakan2, mereka mengambil usrah sbg cara utk mereka memahami islam... Fathi selalu menekan kan ttg kefahaman dlm islam di dalam usrah... Ramai orang islam yg solat... Tetapi tak ramai yg faham kenapa mereka perlu solat... Maka solat mereka hanyalah pada pergerakan2 yg tunggek terbalik, dan bacaan2 kumat kamit yg tidak mereka fahami... kosong !
Kerana itu Fathi menjemput ketiga2 rakannya itu untuk ber-usrah... sepatutnya, setiap muslim yg hidup di muka bumi ini perlu meletakkan komitmen dalam diri mereka untuk belajar mengenai Islam... Setiap muslim perlu punyai komitmen ini, tidak dpt tidak !


Antara agenda usrah yg paling ditunggu2 adalah sesi makan ! Setiap minggu, Fathi pasti akan masak makanan yg sedap2 utk santapan ahli usrahnya... Fathi memang seorang chef yg hebat... Katakan apa sahaja menu kpd nya, pasti akan di masaknya tanpa sebarang alasan... Quiche, kek coklat, nasi ayam, satay, pizza, ayam percik, dan macaroni cheese... Paling2 kurang pun, fathi akan membawa ahli2 usrahnya keluar minum di mo-mo, restoran yg menjual bubble tea... Itulah yg mengikat hati2 mereka... Bak kata pepatah melayu, 'dari mata, turun ke hati".... Tp bg mereka, pepatah yg lebih sesuai adalah 'dari perut naik ke hati'...


Malam itu fathi turun ke dapur dan membawa pizza utk rakan2 nya... Bau cheese pizza telah menerjah ganas ke hidung zamir, danial dan syazwan sejak awal usrah lagi... Inilah agenda usrah yg paling dinanti nantikan mereka...

Fathi masuk ke bilik membawa dua keping pizza... Satunya ditabur pepperoni ayam, yg satu lg udang... Danial dan zamir sudah tidak sabar utk menerkam... Masing2 cuba utk tampak macho di hadapan kawan2... Syazwan sibuk menyediakan cawan dan air utk minuman... Fathi turun semula utk mendapatkan cili sos, utk dimakan bersama pizzA

“Nta masak ke fathi?” Tanya denial, sebaik sahaja fathi masuk semula ke bilik nya itu...
“ha’a” pendek fathi menjawab
“haish... bertuah betul bakal zaujah anta, dh la bawak usrah kitaorg, pandai masak lak tu...” zamir cuba memulakan perbualan kontroversi...
“haha... setakat pandai masak, tak cukup lg nak mendirikan rumah tangga... bnyk lg benda kena kira... tanggung jawab, hadaf, plan...” fathi cuba mengelak
“tapi anta tak kan tak de plan nak kawin time blaja fathi?” tiba2 syazwan menyampuk
“hmmm... tengok lah mcm mana nnt...” fathi mengeluh panjang... itulah cara terakhir utk melarikan diri daripada topic itu...
Potongan2 pizza satu demi satu hilang dari pinggan... gelak ketawa sesekali mengisi ruang2 sunyi rumah itu... Alhamdulillah... syukur atas nikmat yg Allah berikan...
Malam itu pasti akan sepi tanpa ikhwah...

"Perkahwinan itu Sunnahku, sesiapa yang tidak suka kepada Sunnahku, dia bukan daripada kalangan umatku"
(riwayat Al-Bukhari)

0 pendapat sahabat: