........
Menyapa diri dgn penuh tanda tanya
Guruh berdetum mencari makna gusar
Suara titisan melingkungi halaman hati
Hujan semakin semangat melambai tangan...
Haih... tulis sajak lagi ?
Zamir tiba-tiba mencelah masuk ke ruang minda Fathi... Fathi cepat2 menutup diarinya, disimpan kemas di dalam laci mejanya...
“eh, bila nta masuk?” Fathi cuba mengalih perhatian Zamir dari laci meja nya
“aalah... dah lama dah... nta yg tak perasan...” Zamir menjawab
“Owh eh ? hehe... sori lah... tak perasan... ha, nape ni ? ade masalah ke ? mcm tak senang duduk je...” Tanya Fathi, seolah-olah dia perasan akan sifat pelik sahabatnya itu baru2 ini...
“erm... cam ne ek nak cakap...”
“kenapa ni akh ?” fathi cuba membuka mulut sahabatnya itu untuk bersuara...
“ana... erm... adeh... susah nak ckp la... erm... ana...”
“Apa dia mir?” fathi cuba mendorong...
“ana sebenarnya nak kawin la akhi...”
Suasana senyap seketika... bunyi hujan di luar semakin perlahan... Fathi mengalihkan pandangan ke jam dinding... 4.00 petang... Zamir melihat setiap air muka Fathi... mengharap respon yang membina untuk nya...
Fathi mengambil nafas panjang... dan perlahan-lahan senyuman terukir di bibirnya...
“Alhamdulillah...” fathi tahu apa yg dikatakan oleh zamir itu adalah sesuatu yang serius... dia masak benar dengan perangai Zamir... setiap kata yang diucapkannya, pasti akan dilakukan...
“ok, boleh ana tau knapa ?” Tanya fathi, senyuman nya masih belum reda... tanda keterujaannya...
“ana sebenarnya tak tenang belajar kat sini... nak menjaga pandangan pun jadi jihad yg besar... semakin nak lari... semakin banyak yang datang... kalau ada study group, presentation, assignment dlm group, lg la parah... teruk hati ni...
... so ana harap kalau ana dpt kawin ni, insya Allah selesai semua masalah...” zamir jawab ringkas...
“hmmm... ok, anta dah ada calon ke?” Tanya fathi...
Zamir tersenyum... fathi angguk, sudah faham jawapannya...
“orang Tasmania jugak ke ?” fathi cuba mencungkil...
“tak, die kat state lain, tp dalam Australia gak la”
“Ok... parents nta cam ne ?” tanya fathi...
“Parents ana ok je... diorang lagi suka ana kawin awal, diorang pun risau ana kalau ana kawin lambat2... takut ana buat benda yg bukan2 katanya...”
Sememangnya ibu bapa seharusnya menjaga kepentingan anak2 mereka dari sudut ini, terutamanya apabila budaya zina semakin berleluasa di Malaysia. Sungguh mengerikan bila melihat statistik yang dipaparkan di dada-dada akhbar tentang kelahiran anak luar nikah dan kes pembuangan bayi di serata Malaysia.
“Ok... nta dah ada plan dari segi masa, perancangan hidup berdua nanti, kewangan, perancangan selepas habis belajar...?”
“Dah, semuanya setel...”
“Hmmm... orang sana dah tau ?”
Blum lg... tu yang nak tanya anta ni... anta kan naqib ana... cam ne nak uruskan bende ni?
Owh... senang je... esok malam, anta dtg sini, insya Allah kita akan bincang2 ngan ustaz rasyid pasal benda ni melalui skype... ok ?
Ok, insya Allah... syukran akhi...” Zamir tersenyum kegirangan...
"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri"
(riwayat Bukhari dan Muslim)
Hari ini salah seorang dari sahabat ku telah menyatakan hasratnya untuk bernikah...
Alhamdulillah...
Entah kenapa semenjak 2-3 hari ni, semua orang asyik bertanyakan tentang nikah, baitul muslim, zaujah, kursus perkahwinan dan macam2 lagi yang seumpamanya...
Seolah-oleh angin baitul muslim sedang melanda Tasmania barangkali... tajuk ini semakin hangat...
Masih ingat lagi sewaktu liqa’ mingguan, sewaktu murobbi ku membentang kan silibus2, kelihatan mata2 merah yang sedang melawan nafsu tidur mereka.... tambahan pula bila tafsir yang dibentangkan... pasti ramai yang syahid dalam perjuangan...
Tetapi, bila mana sahaja murobbi aku bicara tentang baitul muslim, semuanya terbeliak luas, semangat, meluruskan bahu dan focus setiap butir2 kata... masya Allah... hehe
Seperti biasa, ramai yang bertanyakan kepada aku persoalan yang sama...
“akhi, anta bila lagi?”
“sheikh, ana dah lama mengidam nasi minyak anta “
Kadang kala ianya hanya sebagai bahan gurauan dan jenaka...
Kadang kala ...... tidak...
Diari ditutup... lampu dipadamkan... fathi menuju ke jendela... dia membuka tingkap itu seluas-luasnya... angin Hobart amat sejuk malam itu, tetapi bagi fathi, dia perlu menatap langit sebelum masuk tidur... sudah menjadi kemestian baginya... malam itu bulan tidak penuh, hanya sebahagian sahaja yang kelihatan dek awan yang melindung... istighfar menjadi cahaya hati... fathi menatap sedalam-dalamnya... tiada titik-titik kebosanan di wajahnya... hanya ketenangan... bahang salju Tasmania semakin terasa... semuanya semakin sempurna...
Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah malam, siang, matahari dan bulan. Janganlah sembah matahari maupun bulan, tapi sembahlah Allah Yang menciptakannya, Jika Ialah yang kamu hendak sembah.
(fussilat : 37)
dalam sejuk malam itu kadang2 terasa panas2 angin... bahang salju Tasmania semakin terasa... semuanya semakin sempurna...
.....
Kerja kita masih banyak
Perlu disiapkan tapi entah bila
Ringan bahu bila ada yang menanggung bersama
Sama-sama menikmati sakit-sakit dan lenguh-lenguh kita
Bukan semua dapat menikmati
Kerja kita masih banyak
Semangat ini jangan mati di sesetengah tempat
Kerja takkan habis jika itu bunyinya
Semangat ‘akh’ bila disebut ‘ukht’ nya
Bila senyap, terpadam lah apinya
Sesawang nya hanya utk ‘ukht’ nya
Tak pernah utk anak buahnya
Kerja kita masih banyak
Api ini api malap
Entah bagaimana nak menerangi orang lain ?
Kalau api sendiri pun meliuk lentok ikutan angin?
Akh kita bukan selemah itu !
Kerja kita masih banyak
Hentikan khayalan, kerahkan urat !
Semangat sampai akhirat !
4 pendapat sahabat:
Hurmmm. akan ada bsT-5 kah?
tak de bai... smpai 4 je :)
:)
Post a Comment