...masyarakat ini dizalimi pemikirannya...




masyarakat ini dizalimi pemikirannya...

kesian... tak tahu tentang hak sendiri

menagih orang untuk berjuang

sedang diri masih belum sedar dari tidur semalam


masyarakat ini dizalimi pemikirannya

kesian... apa yang dilihatnya itulah pilihannya

tak tahu menahu tentang perang sebalik tembok

tak tahu menahu tentang syurga di belakang dinding


masyarakat ini dizalimi pemikirannya

kesian... sangat terhutang budi pada yang sudah ada

tidak tahu beza budi dan tanggungjawab

disumbat helai-helai kertas, diamlah mulutnya


masyarakat ini dizalimi pemikirannya

kesian... ada yang rabun... ada yang buta...

yang samseng itu dilihat hero

yang penyelamat itu dianggap musuh


masyarakat ini dizalimi pemikirannya

kesian... dibutakan hidup-hidup oleh tv dan akhbar

tidak mampu berfikir untuk 2 minit pun

terus di canang habis-habisan, seiringan dengan skrip dan tulisan


masyarakat ini dizalimi pemikirannya

kesian... lagu-lagu yang dimainkan baru-baru ini amat sedih

sedih kerana bila memikirkan penulisnya tidak mampu berfikir

orang seni sepatutnya bijak... bukan sebaliknya...

kita memerlukan orang yang bijak dalam seni...


masyarakat ini dizalimi pemikirannya

kesian... mahasiswa didoktrin menjadi robot, bukan manusia

hilang daya saing, tidak kritikal

menghabiskan baucer-baucer untuk hiburan peribadi

jadilah robot yang berpusing-pusing... tenggelam dalam kepeningan...


masyarakat ini dizalimi pemikirannya

kesian... mentaliti masih di kelas bawahan

sama ada tidak mampu berfikir atau tidak mahu

semua masih lena dalam dengkuran

semoga kebaikan itu akan datang...

dengan ajaib...

suka bersorak... tak mahu bergerak...



bukan untuk hijau, bukan untuk biru, bukan untuk merah, bukan lah untuk apa-apa warna... ini untuk mereka yang tidak mahu berfikir...







0 pendapat sahabat: