PILIH





ubun-ubun ini menjadi saksi

pilihan kita membunuh realiti

setiap waktu, setiap saat... kan bererti

bila pilihan diputus mengikut hati

dan kita masih ragu-ragu lagi

mungkin saja hati ini hati yang mati

siapa yg harus ku cari ?


mungkinkah akan turun sang bidadari ?

yang akan melenyapkan segala kekeliruan ini?

yg menutup segala pilihan yang diberi ?


pada siapa harus ku berlari ?

kalau pilihan ini bukan yang pasti?



istikharah lah kunci kepada kunci

orientasi kepada tuhan sendiri

penghambaan jiwa seorang insani

merendahkan kepalanya di tanah suci

segala pengharapan diluah dan diberi

kepada pencipta nya Rabbi

kerana Rabbi yang mencipta dan memiliki

kerana Rabbi mengetahui

segala rahsia2 duniawi

yang tak mungkin manusia fahami


Ya Allah Ya Rabbi,

Hati ini sudah lama mencari

sudut dunia yang mententeramkan hati

berikanlah petunjuk kepada jiwa yang berbelah bahagi

kepada kekeliruan akal yang pernah dicabuli

sesungguhnya pilihan ini adalah pilihan dakwi

yang memutuskan gambaran masa yang bakal aku ketahui

berikan aku hidayah yang petunjuk dalam hal ini

kerana engkau Maha Mengetahui

maka ajarilah aku yang tidak mengerti

agar pilihan nanti diberkati

dan diredhai

dan redha Mu lah tujuan utama pilihan ini...

ameen...






0 pendapat sahabat: