ini lah cahaya hidup...
sejak masa dilahirkan...
aku hidup dalam cahaya...
terang nya
sinarnya...
menyilaukan mata
mata ini yang menyaksikan cahaya
kelihatan semuanya kerana cahaya
mata ini menjadi saksi...
bahawa ini adalah cahaya
apa yang aku lihat ini... adalah cahaya !
....................
kemudia ada yang menyapa dari belakang...
"pernah kah tuan meilhat kegelapan?" dengan suara halus
"belum pernah" aku menjawab...
"lalu bagaimana tuan tahu ini adalah cahaya ?" sambung soalannya...
ya...
bagaimana ini bukan cahaya?
mungkinkah 'cahaya' yang aku lihat ini sebenarnya adalah kegelapan ?
bagaimanakah cahaya? bagaimanakah kegelapan ?
bagaimana kalau semua ini bukan cahaya ?
(diam)
jangan di kata ianya 'betul'... kalau tak tahu apa yang 'salah'...
Allah Pelindung orang-orang yang beriman; Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, pelindung-pelindungnya ialah setan, yang mengeluarkan mereka dari cahaya kepada kegelapan (kekafiran). Mereka itu adalah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.
Al-Baqarah: 257
0 pendapat sahabat:
Post a Comment