buat daie tegar yg ingin terus bersama dakwah...

....




Syamil





pada program yang lepas, tak sempat (masa tak cukup) nak memberi ucapan kepada dua sahabat yang baru mendirikan rumah tangga baru2 ini... syamil hariza dan amir zahir...


bagi yang sudah mengenali syamil sejak dari zaman sekolah atau taylors pasti akan dapat melihat peningkatan tarbiah beliau yang amat rapid dan pesat... sedang ikhwah2 lain masih jihad melawan jahiliah2 diri... syamil sudah laju memacu dakwah di Ausralia dan kolper... sehingga menjadi inspirasi kepada ikhwah2 'lemau' yg lain (terlalu lama sampai masuk angin) ...

seperti yang ameen hatta cakap... syamil ni mcm duta jemaah... sgt sesuai ditonjolkan di depan... orang ramai amat senang dgn die... mudah tertarik dgn nya... mcm sifat rasulullah... selalu ceria dan happy... sesekali nmpak mcm tak matang... suka warna warni... suka kartun (sgt suka spongebob, ada buktinya)... tapi sebenanya beliau amat matang dalam berfikir...

dan orang ini lah yang dilihat selepas kawin... orang yg sama... kelakuan yang sama, dan personaliti yang sama... masih seperti syamil yang dahulu... yang berubah pada diri beliau hanya lah berat badan... yang lain, itu lah syamil yang kita kenal dahulu...

Alhamdulillah perjalanan dan proses beliau ke bait muslim dipemudahkan oleh Allah... dapat berkahwin dengan akhawat di Tasmania... yg juga sama 'qowiy' dgn beliau...  semoga jodoh kedua merpati ini berkekalan ke jannah...


Ruh bait muslim


selalu nya topik bait muslim ni hanya menjadi gurauan2 ikhwah... atau menjadi cara ikhwah nak menegur ikhwah yg lain... cara utk 'break the ice'...

"ákhi, dgr kata nta dh tak lama dh..."

"masya Allah akhi... barakallahulakuma..."

"akhi, ana rindu nasi minyak nta..."

"bila nak wat event kat fb nta akhi ?"



maka akhirnya topik ni hanya menjadi gurauan2 kita... cara pakcik2 bahan anak2 muda... ada seorang akh yang amat kesal dgn fenomena ini dan akhirnya berkata kpd seoang pakcik yang selalu bahan die... die ckp lebih kurang mcm ni...

Ruh bait muslim ini bukan lah pada gurauan2 seperti ini... tetapi menyedarkan ikhwah dan akhawat apakah yang akan berlaku selepas berlaku ijab dan kabul terebut... apakah tuntutan2 selepas itu dan bagaimana dakwah ini boleh terkesan dgn adanya pasangan yg sudah berkahwin... apakah jenis2 tanggungjawab dan amanah yg datang bersama dn bait muslim tersebut... bukan lah gurauan2 itu tidak boleh dan patut di cili mulut2 yang bergurau tu, cuma ikhwah juga perlu memperingatkan di sana akan ada tangunggjawab yg lebih besar... dan ini lah yang akan memacu jiddiah kita dalam memperkasakan muwasofat fardu muslim dalam diri sendiri... maka, jaga lah ruh bait muslim itu... jgn biarkan ianya ditenggelamkan oleh gurauan dan cara kita bahan membahan...



alhamdulillah ini lah yang dilihat pada syamil dan zaujahnya... pasangan yg memikirkan bait muslim atas urusan dakwah... bak kata rahiim ...

dakwah itu membumi dalam diri seorang akh... sehinggakan apa yang terkeluar semuanya berbentuk dakwah... 


masya Allah...

bait muslim bukan lah berkisar tentang pasangan yang bergambar di taman bunga atau menikmati sunset di tepi laut atas bangku kecil 2 seat... tapi ianya datang dari rasa 'eager' dan 'desperate' nya seorang akh dan ukht utk melihat dakwah ini semakin laju...


Buat daie tegar, Syamil Hariza...

jazakallahu khair...

kerana tunjukkan kepada ikhwah yang belum berkahwin seperti kami, bagaimana bait muslim ini yang sebenarnya...

jazakallahu khair...

kerana  kehadiran zaujah anta dapat melajukan dakwah di bumi Australia ini...

jazakallahu khair...

kerana memberikan semangat kepada ikhwah2 yang lain utk terus berlari dalam dakwah...

jazakallahu khair... 

kerana terus thabat dalam jalan walaupun selepas berkahwin... bahkan semakin laju dan kencang...

jazakallahu khair...

kerana melakonkan watak role model yang boleh kami ikuti dalam perjalanan kami ke bait muslim...

jazakallahu khair...

kerana meyakinkan ikhwah, bahawa bait muslim ini sememangnya akan bermanfaat untuk dakwah...

jazakallahu khair...

kerana memberikan kami cermin utk refleksi diri dan menghitung lompong2 jahiliah dalam diri sebelum kami ke bait muslim...

jazakallahu khair... akhuna syamil...


siapa yang sangka, syamil yang dikenali 3 tahun yang lalu, sudah pun berumah tangga, dan insya Allah akan melahirkan rijal amal yang menjadi pewaris dakwah ini...



utk akhi syamil,

ingat lah... jemaah ini juga telah menyaksikan puluhan kes2 ikhwah yang futur dan kecundang di tengah jalan hanya kerana masalah rumah tangga... maka pelihara lah, damaikan lah, dan jaga lah 'rumah'yang telah terbina itu... insya Allah kami juga akan mendoakan agar jodoh antuma berkekalan ke jannah insya Allah... kalau dakwah ini akan laju dengan kehadiran isteri kedua anta, itulah yang kami akan doakan juga... :)

bersabarlah dalam menjalani kehidupan sebagai seorang suami... masa2 yang akan datang akan lebih mencabar... cubaan yang akan menyerang tidak lagi akan bermain-main... tapi akan berusaha meruntuhkan dan menghancurkan... kuatkan jiwa dan tulang belulang... supaya tak gentar disiat dek ribut dan taufan...



obsesi akan terbumi


obses lah kalian pada apa yang kalian suka...


kerana apa yang kalian suka akan menjadi obsesi...


jika kali obses kalian terhadap tarbiah dan dakwah ini...


maka itu lah yang akan terbumi dalam diri kalian...


maka ikhwah, obses lah !


kerana obsesi akan terbumi dalam diri !




"Untuk itu, saudara saudari putera puteri Islam harus dan patut bersungguh-sungguh dan bersegera membangunkan rumahtangga muslim yang misali yang menjadi model Islam yang sejati untuk menjadi contoh teladan kepada generasi baharu. Ini adalah satu langkah yang penting dan asasi di jalan dakwah Islam. Mohonlah pertolongan dari Allah supaya Allah mudahkan dan jangan menyusahkan." (Mustafa Mashur: Rumah Tangga Islami)






 ... Hiduplah ruh-ruh yang merindukan Allah dan redha-Nya ...























1 pendapat sahabat:

zubayrafiq said...

Terharu ah post ni...